Thursday, 9 October 2014

Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan Minggu Kitar Semula



Kritikan / Cadangan Penambahbaikan

Program kitar semula ini melibatkan murid di mana terdapat aktiviti mengitar semula barangan untuk dijadikan barangan baru. Dalam program mengitar semula, barangan tersebut digunakan semula seperti asal ataupun diberikan kepada orang yang boleh menggunakanya. Antara barang yang boleh dikitar semula adalah plastic, kertas, kadbod, kaca dan pakaian. Dengan mengamalkan program kitar semula, murid-murid akan tahu mengasing dan mengenalpasti sampah mengikut tong kitar semula. Murid perlu mempunyai kesedaran untuk menyayangi bumi iaitu mencintai keindahan flora dan fauna yang dianugerahkan.
Rasional program minggu kitar semula ini adalah untuk memberikan pendedahan dan galakan kepada murid mengenai kepentingan dan cara yang betul mengitar semula, menerapkan nilai murni melalui aktiviti kitar semula dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tenang kepentingan menjaga alam sekitar.
Ketika program dijalankan, terdapat murid yang menyatakan bahawa program tersebut tidak begitu menerapkan nilai murni iaitu kesedaran tentang menyayangi dan menghargai alam sekitar. Hal ini adalah kerana murid terlibat dengan aktiviti lain. Selain itu, kami berasa terkilan kerana tidak dapat melibatkan semua warga sekolah iaitu murid tahun 1,2,3 dan 6 sepenuhnya. Untuk jangka masa yang akan datang, kami membuat penambahbaikan iaitu dengan melibatkan semua murid pada suatu masa agar program ini akan dapat diperkembangkan dan mencapai objektif.
Selain itu, terdapat kelemahan dari segi penyediaan tempat iaitu di tapak perhimpunan sekolah. Pada jam 9 pagi, keadaan dan kedudukan matahri sudah pun meninggi. Panas terik dan kering menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terutama sekali sewaktu majlis perasmian. Oleh itu, penmabahbaikan dari segi persiapan tempat perlulah di ambil berat sekiranya ingin mengadakan sesuatu program. Dewan sekolah boleh digunakan sebagai ganti tempat tersebut diadakan memandangkan dewan sekolah agak selesa dan kondusif.
Tambahan pula, persediaan aktiviti untuk program ini contohnya penyediaan hadiah perlulah lagi banyak untuk menggalakkan lagi motivai murid unutk menyertai pertandingan semasa program ini dilaksanakan. Peruntukan dari segi hadiah adalah berkurang jika dibandingkan dengan program yang lain. Oleh itu, satu anjakan paradigma perlulah dilakukan agar murid berasa lebih seronok dan bermotivasi untuk menyertai program sebegini pada masa yang akan datang.
Kesimpulannya, dengan melakukan penambahbaikan dari pelbagai segi ini, dapat membantu mencapai objektif iaitu kesedaran tentang menyayangi alam sekitar kepada semua golongan tidak kira sama ada muda ataupun golongan tua.

No comments:

Post a Comment