Hai ! Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers sekalian! Ape khabar? Harap semuanya sihat2 belaka yer. Pejam celik pejam celik ticer Alia dah masuk semester 8 dah sebagai guru pelatih di IPG Teknik Bandar Enstek. Haaa, nak dipendekkan cerita ticer Alia ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek SCE 3143 iaitu Sains, Teknologi dan Masyarakat. Subjek ini diajar oleh dua orang pensyarah yang sangat komited dan berdedikasi serta tinggi ilmu pengetahuannya tau! Puan Nordiana dan Encik Fazali.. Kenalkan pensyarah kesayangan kami....jeng3....
Ticer Alia telah memilih isu pencemaran alam sekitar sebagai tema bagi tugasan ini. Ticer Alia telah berganding bersama dua orang ahli kumpulan yang lain iaitu Nurul Adnin Nadhirah Binti Abdul Malik dan Nur Shafiah Binti Mohd Shafie. Kenalkan ahli kumpulan kami yang lain....
Pada
era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh sebab-sebab tertentu seperti
pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran
ini, akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping
ketidakseimbangan bumi di masa depan. Kita dapat lihat pembuangan sisa pepejal di merata-rata tempat. Apa yang lebih menyedihkan, sungai-sungai di negara kita turut tercemar!
Apabila sungai tercemar, hidupan air di dalam sungai akan turut terjejas, Seperti yang kita sedia maklum, sungai dan laut merupakan sumber protein dan makanan yang penting untuk manusia sejagat. Jika hidupan air ini mati akibat pencemaran, sudah pasti kita manusia akan terjejas teruk!
Cuba kita perhatikan sistem persaliran di sebelah kanan. Begitu banyak sampah sarap yang termendap didalamnya. Sudah tentu mengundang pencemaran udara dan persekitaran.
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan
sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak
diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan
konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya
generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan
menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai
isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan
diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan
masalah tersebut.
Pelbagai
usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan
oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan
masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik
dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
Menyedari
kepentingan mendidik tentang kepentingan alam sekitar, kami telah melaksanakan
program Kitar Semula semasa menjalani program Internship di Sekolah Kebangsaan
Gadong Jaya. Apabila kami meneliti dan memerhati kawasan persekitaran sekolah,
tahap kebersihan persekitaran sekolah ini berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Jadi, kami telah bersepakat bahawa kesedaran dalam diri setiap orang
murid perlu diterapkan memandangkan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Matlamat
utama kami ialah kami ingin memupuk semangat memelihara dan cintakan alam
sekitar dari peringkat akar umbi lagi.
Kami
memilih Program Kitar Semula bagi menangani isu yang telah kami kenalpasti
memandangkan program ini boleh mendidik murid-murid membuang sampah secara
bijaksana. Seperti yang kita sedia maklum, dianggarkan melebihi satu ribu tan
sampah yang dipungut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23
Disember 2007. Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara
Malaysia. Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya?
Oleh itu, kami merasakan amalan kitar semula perlu dicakna bersama-sama.
Melalui
amalan kitar semula, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Barangan
seperti kaca, surat khabar lama, tin dan plastik dapat diguna pakai semula
selepas melalui proses tertentu. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan
amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif
kepada kualiti udara yang kita sedut setiap hari.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat
melindungi hutan di negara kita. Proses kitar semula surat khabar dan kertas
lama sudah tentu dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan
kertas baru untuk kegunaan seharian. Di samping itu, kita sebagai pengguna akan
dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula. Melalui amalan kitar semula juga, kawasan
pelupusan sampah dapat dikurangkan. Sisa-sisa domesti yang dipungut setiap hari
akan dibawa ke tapak pelupusan sampah membabitkan penggunaan berekar-ekar
tanah. Jelaslah di sini, usaha bersama dalam menjayakan kitar semula akan dapat
megurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
Tuntasnya, kami menyahut saranan pihak
kerajaan iaitu dengan menggalakan amalan kitar semula yang membawa kebaikan
kepada semua pihak. Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari
bawah, iaitu dari rumah kita sendiri dan juga sekolah. Usaha ini perlu ke arah
melestarikan alam di negara kita.
No comments:
Post a Comment