Thursday, 9 October 2014

Analisis dan interpretasi maklum balas murid



ANALISIS SOALAN MAKLUM BALAS MURID

SOALAN 1
Adakah dengan melibatkan diri dalam program ini anda menghargai serta menyayangi alam sekitar?

 

Rajah 1: Maklum balas murid berdasarkan soalan 1

Merujuk kepada Rajah 1, soalan yang telah diberikan adalah mengenai adakah murid menghargai dan menyayangi alam sekitar setelah melibatkan diri dalam program tersebut. Seramai 75 orang murid menyatakan ‘Ya’ dan bersetuju bahawa mereka lebih menghargai dan menyayangi program ini manakala 5 orang murid menyatakan ‘Tidak’ dan tidak bersetuju bahawa program sebegitu dapat menambahkan perasaan menyayangi dan menghargai alam sekitar. Murid yang berpendapat bahawa program minggu alam sekitar ini tidak memuaskan adalah kerana terdapat mereka yang tidak dapat melibatkan diri dan hanya dapat menyertai program ini pada slot-slot yang tertentu sahaja. Mereka terlibat dalam program kebudayaan sekolah, sukan sekolah, prsembahan koir dan lain-lain. Mereka hanya dapat menyertai program ini pada masa tertentu sahaja dan hal ini meyebabkan kesedaran tentang menghargai dan menyayangi alam sekitar adalah kurang.



SOALAN 2
Apakah pandangan anda mengenai program-program yang telah dilaksanakan dalam minggu alam sekitar?

 

 
Rajah 2: Maklum balas murid berdasarkan soalan 2




Merujuk kepada Rajah 2, soalan yang telah diberikan adalah mengenai pandangan murid mengenai program yang telah dilaksanakan dalam minggu alam sekitar tersebut. Seramai 61 orang murid menyatakan bahawa mereka bersetuju bahawa program ini sangat baik. Seramai 12 orang murid berpendapat bahawa program ini berada pada tahap baik. 5 orang murid berpandangan bahawa program ini memuaskan manakala terdapat dua orang murid yang berpendapat bahawa program ini tidak memuaskan. Hal ini adalah kerana pemberian hadiah untuk soalan-soalan yang telah diajukan kepada murid adalah tidak sama rata, di mana hadiah yang disediakan adalah terhad kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul sahaja. Murid yang lain hanya menyertai pertandingan tersebut dan tidak mendapat cendera mata daripada program ini.


SOALAN 3

Adakah pandangan anda mengenai penyampaian maklumat dalam program minggu alam sekitar?


 


Rajah 3: Maklum balas murid berdasarkan soalan 3




Berdasarkan kepada Rajah 3, soalan yang telah diberikan adalah mengenai penyampaian maklumat dalam program minggu alam sekitar yang dilaksanakan. Seramai 65 orang murid berpendapat bahawa penyampaian maklumat ketika program ini adalah sangat baik. 8 orang murid menyatakan bahawa pendapat mereka adalah baik dalam program alam sekitar ini, seramai 6 orang murid menyatakan bahawa  penyampaian maklumat dalam program ini adalah berada pada tahap memuaskan manakala terdapat seorang murid yang berpandangan bahawa program minggu alam sekitar ini tidak memuaskan. Terdapat murid yang tidak bersetuju bahawa program minggu alam sekitar ini adalah kurang memberangsangkan kerana keadaan tempat yang telah disediakan oleh pihak pengurusan adalah kurang sesuai. Keadaan tempat yang diguanakan adalah di tapak perhimpunan sekolah. Pada waktu 9 pagi, matahari mulai muncul dan hal ini menyebabkan keadaan lebih panas dan menyebabkan murid berpeluh. Keselesaan murid untuk menerima ilmu pengetahuan adalah sukar. Mereka tidak berasa selesa dengan keadaan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.



SOALAN 4
Bagaimanakah layanan yang diberikan oleh pihak penganjur?





Rajah 4: Maklum balas murid berdasarkan soalan 4



Berdasarkan kepada Rajah 4, soalan yang telah diberikan adalah mengenai layanan yang diberikan oleh pihak penganjur sebelum, semasa dan selepas program tersebut. Seramai 59 orang murid menyatakan bahawa layanan penganjur berada pada tahap yang sangat baik. Seramai 13 orang murid yang berpendapat bahawa layanan yang diberikan adalah berada pada tahap baik. Manakala terdapat 4 orang murid yang berpandangan bahawa layanan daripada pihak penganjur adalah memuaskan. Namun, terdapat 4 orang murid yang didapati mendapat layanan yang tidak memuaskan sewaktu program dijalankan. Terdapat murid yang berasa bahawa layanan yang diberikan oleh pihak penganjur sebelum, semasa dan selepas program adalah tidak memuaskan. Hal ini adalah kerana, terdapat juga penganjur yang tidak memberikan pujian terhadap mereka semasa mereka menjawab soalan yang kurang tepat. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak mendapat layanan yang kurang memuaskan kerana mereka tidak dapat melibatkan diri secara individu sepenuhnya dalam program yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment