LAPORAN PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA
Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir
ini isu pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi dan menjadi barah kepada
penduduk Bumi. Jika kita sayang akan Bumi yang kita diami ini, seharusnya
kesedaran tentang betapa pentingnya
menjaga kebersihan perlu ada dalam diri setiap insan. Menyedari hakikat
ini, sebagai guru pelatih, kami merasakan kami bertanggungjawab untuk mendidik
individu sejak dari peringkat kecil lagi. Memandangkan kami telah menjalankan
program Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, kami telah
mengadakan kerjasama dengan pihak
sekolah untuk menjayakan program Minggu Kitar Semula. Secara rasminya
pada minggu kedua iaitu 14 Julai sehingga 18 Julai adalah minggu kitar
semula. Pelancaran minggu kitar semula adalah salah satu projek yang kami laksanakan
untuk menerapkan kesedaran kepada murid tentang kesedaran kitar semula.
Projek ini adalah satu projek yang besar
kerana dalam minggu ini terdapat pelbagai aktiviti yang kami telah jalankan.
Aktiviti pertama adalah sehari 5 minit pesanan antidadah yang dikendalikan oleh
kami sendiri dan setiap pesanan mempunyai soalan untuk dikemukakan pada
perhimpunan pagi. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti lain yang
melibatkan aktiviti antidadah yang lain. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan
berbincang dahulu dengan guru pembimbing kami merangkap guru kaunseling
sekolah.
MINGGU KITAR SEMULA
SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA
( 14 Julai hingga 18
Julai 2014 )
1.0
Maklumat umum
Kitar
semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini
termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut
seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh
dikitar semula ialah seperti kertas, plastik kertas kadbod, kaca dan
pakaian.
Oleh
itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis
sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga
perlu mempunyai kesedaran
untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.
2.0
Objektif
2.1 Memberi pendedahan kepada murid mengenai
kepentingan dan cara mengitar semula.
2.2 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid
melalui aktiviti kitar semula.
2.3 Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam sekitar
3.0 Strategi pelaksanaan
Setelah
mendapat projek ini, ahli jawatankuasa dibentuk bagi memastikan projek ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang
telah dirancang. Kemudian pelan tindakan
untuk memulakan projek di kemukakan
bagi memperlihatkan perjalanan kerja
lebih sistematik dan teratur.
Berikut merupakan antara pelan tindakan yang telah dibuat :
Bil
|
Tarikh
|
Aktiviti
|
Tindakan
|
1
|
14 Julai 2014
|
·
Perkenalkan Minggu
Kitar Semula
·
Perasmian Minggu
Kitar Semula
·
Menyatakan aktiviti
yang dijalankan.
i.
Pengumpulan barang
kitar semula
ii.
Mengadakan
pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
|
Perasmian oleh guru
besar En. Anuar B. Haji Buyong
|
2
|
15-16 Julai 2014
|
·
Pengumpulan barang
kitar semula
|
Guru pelatih
|
3
|
17 Julai 2014
|
·
Hari terakhir
pengumpulan barang kitar semula dan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar
Semula
|
Guru pelatih
|
4
|
18 Julai 2014
|
·
Majlis penutupan
Minggu Kitar Semula.
i.
Ceramah bertajuk
‘Kepentingan Kitar Semula’
ii.
Penyampaian hadiah
bagi pengumpulan barang kitar semula dan Pertandingan Reka Cipta.
|
Ceramah disampaikan
oleh wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
|
4.0
Laporan
Projek Kitar Semula telah dijalankan
selama seminggu bermula daripada hari Isnin sehingga
hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu Kitar Semula berlangsung :
i.
Hari
pertama ( 14 Julai 2014 )
Pada hari
pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan
sewaktu perhimpunan rasmi. Guru besar
iaitu En. Anuar bin Hj. Buyong telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut.
Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis
perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena
minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar
semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang
dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.
Pada hari ini juga murid-murid
diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah
pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan
terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir
penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap
kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas
dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.
ii.
Hari
kedua dan ketiga ( 15 hingga 16 Julai 2014 )
Pada hari kedua
dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang
telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara
sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5,
Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity
memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid
tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah
dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang
dikumpul juga harus kelihatan terkawal.
Selain itu, peringatan
mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu
perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid
serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.
iii.
Hari
keempat ( 17 Julai 2014 )
Hari ini
merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan
daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di
luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk mengumpulkan barang-barang kitar semula
tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil
kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang.
Bagi pertandingan Reka Cipta
bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan
barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid
mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta
ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains
serta pembantunya Pn. Thelaga.
Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan
agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap
2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.
iv.
Hari
kelima ( 18 Julai 2014 )
Hari ini
merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul
8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang
dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4
dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin
segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi
ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan
lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.
Seterusnya, demonstrasi
mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3
langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar
kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan
seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi
ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi
kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang
dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan.
Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.
Acara terakhir ialah majlis
penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Anuar bin Hj. Buyong. Beliau
telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu
replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah
diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada
murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan
pertama ialah pertandingan pengumpulan barang kitar semula yang terbanyak
mengikut kelas bagi tahap satu dan tahap dua. Senarai pemenang adalah seperti
di bawah :
a. Tahap
1 ( 1 Anggun )
b. Tahap
2 ( 5 Arif )
Seterusnya
bagi pertandingan reka cipta bahan terpakai pula senarai pemenang adalah
seperti di bawah :
Tahap 1
|
Tahap 2
|
1. Nur Athira (
3B )
|
1.
Nurin Zulaikha ( 5A )
|
2. Afeada Sofea (
3B )
|
2. Nur
Alia Amyra ( 5A )
|
3. Siti Nurain (
1B )
|
3.
Radiefa Mohd ( 5A )
|
4. Nur Arissa (
3B )
|
4.
Abdul Rahman ( 4A )
|
5. Alyaa Ajuwa (
2B )
|
5.
Mohd Ihsan ( 6A )
|
6. Muhd. Aliff (
3A )
|
6.
Siti Nur Bahirah ( 6B )
|
7. Muhd. Aiman (
2A )
|
7.
Norshafiqah ( 5A )
|
8. Aisa Najeha (
3B )
|
8.
Mohd Syawal ( 5A )
|
Dengan
berakhirnya majlis penyampaian hadiah ini maka tamatlah sudah minggu Kitar
Semula yang telah dianjurkan oleh guru pelatih. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung. Kami juga berpuas hati kerana projek yang dijalankan ini telah
mencapai matlamat yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment