Thursday, 9 October 2014

Rujukan

RUJUKAN

KERATAN AKHBAR


MAJALAH

  • Kuntum - kitar semula


INTERNET


Bagaimana program dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat?




 Bagaimana program dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat?


Dalam melaksanakan projek ini kami telah berkolaborasi dengan pihak pentadbir sekolah dan guru pembimbing kami. Pengalaman yang kami timba semasa menuntut di IPGM telah banyak membantu kami semasa mengendalikan projek ini. Pengalaman mengendalikan pelbagai aktiviti bulanan IPGM memberikan kami persediaan awal tentang cara mengurus projek dan cara mengendalikan projek dengan lebih cekap.




Program yang kami jalankan ini akan memantapkan disiplin murid terhadap kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Seperti yang dinyatakan oleh borang maklum balas  sebahagian besar murid bersetuju dengan melibatkan diri dalam program ini murid lebih menghargai serta menyayangi alam sekitar. Seperti yang dinyatakan Wan Hamidah (2013), secara tidak langsung murid akan sedar apabila ramai mengamalkan amalan kitar semula yang mampu mengatasi masalah pencemaran dengan lebih efektif termasuk memupuk sikap berjimat cermat menghargai barang yang masih boleh dijual.


Kitar semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antara kepentingan yang diperoleh ialah untuk memelihara ruang hidup kita. Seperti yang diketahui, kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Jika tapak pelupusan sampah dipenuhi dengan sampah ini menyebabkan tapak baru perlu dibuka untuk menampung jumlah sampah yang banyak dan lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular menceroboh ruang hidup kita.
.

Persekitaran sekolah yang lebih sihat dan selesa juga telah diperolehi apabila warga sekolah mengamalkan kitar semula. Suasana sekolah lebih ceria dan sedap mata memandang. Menurut Bakar (2001), persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting dalam memastikan Pdp berlangsung dengan baik. Selari dengan kenyataan inilah, kita perlu memastikan persekitaran sekolah berada pada tahap yang terbaik.


      Sampah yang banyak akan menjejaskan kesihatan warga sekolah khususny dan manusia secara amnya dan kebersihan persekitaran. Program ini dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada menular dengan cepat. Ianya juga dapat mengurangkan pencemaran akibat daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah yang mana merupakan salah satu punca daripada tiga pencemaran utama.

.Selain daripada itu, kos, sumber dan tenaga dapat dijimatkan. Menurut Robert Tan ( 2012), dengan mengitar semula 1 tin alumunium, kita umpama menjimatkan tenaga elektrik selama 3 jam daripada penggunaan televisyen. Apa yang dapat kita perolehi daripada mengitar semula kertas secara maksimum ialah kita dapat mengurangkan penebangan pokok dan secara tidak langsung kita dapat memelihara sumber hutan semulajadi.

Kekuatan seterusnya ialah bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat mengagumkan, bukan sahaja dari sudut alatan malah dari segi nasihat juga diberikan. Hal ini merupakan bimbingan yang kami dapat dari sekolah dan cara sekolah mengendalikan projek dengan cekap. Tanpa bantuan guru sekolah ini dan guru pembimbing tidak mungkin kami dapat melaksanakan aktiviti dengan sempurna.


 Hasil reka cipta produk daripada bahan terbuang oleh murid sangat membanggakan bagi usia mereka seawal 7 hingga 12 tahun. Ada murid yang menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang seni ini. Jadi program ini membuka mata pihak sekolah dan guru-guru terhadap bakat terpendam yang dimilik oleh murid-murid berkenaan.



  Keseluruhannya program minggu kitar semula ini mempunyai pelbagai kelebihan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar.






























 MASALAH ATAU HALANGAN


Dalam seguni kacang mesti ada kacang yang rosak.
Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.

Keseluruhannya kelemahan ini bukanlah besar namun boleh diperbaiki lagi pada  masa akan datang dan diharap murid akan terus aktif dan produktif dengan aktiviti yang sekolah sediakan.




 PENAMBAHBAIKAN

Bagi memastikan isu pencemaran alam sekitar tidak lagi berleluasa, amalan kitar semula ini perlu dipergiatkan. beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan lebih kerap kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.

Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.



KESIMPULAN

Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Jadi setiap individu perlu menggembleng tenaga bagi memastikan bumi tidak lagi tercemar.

Sekitar Hari Kelima dan Penutup Minggu Kitar Semula

Ceramah Kepentingan Kitar Semula

Kami telah menjemput penceramah dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi memberi ceramah kesedaran tentang kepentingan Kitar Semula. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dari peringkat akar umbi lagi. Seperti yang kita sedia maklum, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.


Sekitar Hari Keempat

SEKITAR HARI KEEMPAT

Pertandingan Reka Cipta daripada barangan terbuang.

Murid-murid dikehendaki mereka bentuk objek daripada barangan terbuang yang telah dikumpulkan. Ini bagi membentuk kreativiti dan kecerdasan murid mencipta sesuatu yang menarik menggunakan produk terpakai. Murid yang mencipta produk paling kreatif diisytiharkan sebagai pemenang.

Antara hasil kerja murid.